Nama saya Mohamad Firdaus Mat Saad. Isteri saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 5 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang lelaki yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Isteri saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya ingin
menceraikannya.
"Mengapa? "Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Abang letih, Siti tidak pernah cuba memberikan cinta yang abang inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang perempuan yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Siti boleh lakukan untuk mengubah fikiran abang?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Abang ada 1 soalan, kalau Siti temui jawapannya di dalam hati abang, abang akan mengubah fikiran abang; Seandainya, abang nk makan chicken chop kt gerai yang terletak ditebing gunung masa hujan ribut dan kita berdua tahu jika Siti memanjat gunung-gunung itu, Siti akan mati sbb tanah yg licin. Apakah yang Siti akan lakukan untuk abang?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Siti akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi air bandung yang bertuliskan…
"Sayangku, Siti tidak akan membelikan chicken chop itu untukmu, tetapi izinkan Siti untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Abang boleh mengetik dikomputer main friendster dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya bengang di depan monitor, Siti harus memberikan jari-jari Siti supaya boleh membantu Abang untuk memperbaiki program tersebut."
"Abang selalu tertinggal kunci motor dlm boot motor, dan Siti harus memberikan tangan kecil Siti supaya boleh menyeluk bwh seat motor menggapai kunci, dan mengambil kunci itu untuk abang."
"Abang suka marah sbb Siti suka melulu shopping tinggalkan abang dan anak2 kt blakang, tetapi sebenarnye siti telah meminjamkan kaki Siti untuk berjalan membeli-belah untuk abang dan anak2 jugak."
"Abang selalu sengal-sengal badan lepas balik dr menjaja yong tau foo di pasar malam setiap malam, dan Siti harus memberikan tangan Siti untuk memicit dan mengurut kaki abang yang sengal itu."
"Abang lebih suka duduk di rumah, dan Siti selalu risau abang akan menjadi ‘kera sumbang’. Dan Siti harus memasak yang sedap2 dan memanggil kwn2 abang ke rumah sebagai open house supaya dapat menghiburkan abang dirumah"
"Abang selalu menatap televisyen, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata abang, Siti harus menjaga mata Siti agar ketika kita tua nanti, Siti dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Siti akan memegang tangan abang, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti kacaknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Siti tidak akan membeli chicken chop itu untuk mati. Kerana, Siti tidak sanggup melihat airmata mu mengalir menangisi kematian Siti."
"Sayangku, Siti tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Siti mencintai abang."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Siti tidak cukup bagi Abang. Siti tidak akan menahan diri abang mencari tangan,kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan abang."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, abang telah selesai membaca jawapan Siti. Jika abang puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Siti tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Siti sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan abang.""Tetapi, jika abang tidak puas hati, sayangku…biarkan Siti masuk untuk mengemaskan barang-barang Siti, dan Siti tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Siti bila abang bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah sembap dan mata yang bergenang dan bengkak menangis semalaman. Ditangannya memegang mangkuk berisi air bandung dan koko crunch kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. Dengan itu terus saya merujuk Siti sebagai isteri saya semula.
2 Catatan Sahabat:
yihuuuu!! brjaya gak nk comment!!
best gila citer ni! haih mcm hb je yg jhat!! huhu. hb mmg sntiasa jhat ek? bb baik, kuikuikui!!
aus ramirez le ktakn!
i love u muchuk!!
forever n ever after!!
sitie cruela da ville???
Post a Comment