LilySlim Weight loss tickers
Showing posts with label siti. Show all posts
Showing posts with label siti. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

Blog baru


Assalamualaikum..Sitie Bumz sangat berbesar hati untuk mengalukan-alukan anda ke blog baru saya "sitiescentral.blogspot.com". Blog itu menyambung segala usaha dari blog yang ini..cuma dengan URL yang berbeza. Diharap semua follower2 dapat menukar link Sitie's Central yang lama dengan yang baru kerana tiada sebarang update akan dilakukan di blog ini lagi.


Rasanya lagi proper kalo saya beritahu sebab2 bertukar ke blog baru.

  1. URL lama "sitieloveaus.blogspot.com" sangatlah tidak sesuai kerana jodoh bukanlah ketentuan anda.
  2. Sangat banyak post2 berkenaan "mucuk" yang kalau bakal suami baca akan menerbitkan perasaan cemburu.
  3. Blog lama tidak akan didelete kerana income nuffnang sangat banyak di blog lama.
  4. Blog lama juga adalah sebagai pengikat untuk menarik follower2 untuk berpindah ke blog baru.
Itu sahaja. Jemput yer.. =D

Wednesday, July 7, 2010

sayang..senang diungkap..janji senangkah dikota?



Sayang.. senang kan nak ungkap. Tapi tahu ke erti sebenar sayang tu? Last dating aritu, mucuk cakap die teringin nak makan chicken chop. Aku janji ngan mucuk...owait!!! Last2..gi klcc, kat foodcourt...mucuk tengok chicken chop die macam kering, tak juicy marvelous. Then nak gi makan kat mana? Chilis? Tak mampu la kami... Akhirnya, makan nasi ayam je kat foodcourt! Maafkan aku sayang...sebab tak kotakan janji. Lain kali ek? =p 

...

Monday, March 30, 2009

Bot!

Aku rase masih blom terlewat utk aku citer psl pengalaman aku buat motor bot ni bersama2 tujuh org group8s aku. Kitorng budak2 engine kimia tp kena plak buat projek elektrik psl bende alah ni. Pelik! Tp yela..pasaran keje skang mmg nk bakal2 graduan yg serba boleh!! 

...


Kitorng pon ade blaja fluid mechanic, nk guna multimedia, movie maker la ape la. Buat interview la..buat kempen la.. Bakal plak blaja subjek entrepeneurship. Bak kata pakcik duta Astro..Mcm2 ada!!! Kay ar, malas plak aku nk tulis panjang. Cukup la kalo korng visit website ni. Simple Electric Circuit.

...

Nk tahu citer lawak?? Sblom kitorng terfikir nk buat bende ni..aku ade la mintak pertolongan member aku si bdk letrik. Perbualannye begini:-

...

Aku:: Ko ade idea x nk watpe?

Bdk letrik:: Cuba ko buat sampul kad elektronik.

Aku:: Owh? Ape yg perlu ade?

Bdk letrik:: Senang je ct..tapi yg penting IC ko kena ade. Nk letak di antara lipatan sampul tu.

Aku:: Huh?? Patah la IC aku!! Xpasal2 kena gi beratur kt JPN buat baru. Malas ar aku!!

Bdk letrik:: Hahahahahahahahahahah (ketawa kejam)

Aku:: Apesal ngan ko ni??

Bdk letrik:: Bukan IC tu la!! IC yg papan litar ade lubang2 tu ar cik kak!!!

Aku:: .......malu........

...

Sungguh naif aku psl elektrik. Hahaha!! Ko kalo aku bg istilah budak kimia kang terkencing termuntah ko kt situ. Haaa....jgn memain!!! Tetibe x puas ati ek?? Hahaha..

...

Tuesday, January 13, 2009

Saya Diplomat!

Huh! Nak buat lawatan ke company org ni bukan senang. Mcm2 nk kena settle. Kena call company..buat surat..set tarikh..tempah bas.. Mcm2 la. Di sini aku nk bantu la korang mcm mana nk buat surat lawatan tu.

...


...

...

Aku tunjuk yg aku punye jela ek? Sila klik pada gamba utk mendapat resolusi yg lebih memuaskan hati. Haa...korang tgk btol2 sape diplomat yg berurusan ngan staf2 human resource company. Meh aku close up sket.

...


Haha...aku la!!! Bangga sekejap! Kuikui.. Tu nama btol aku la. Takkan nk tulih sitie bum bum plak kan? Poyo.. Huhu!!

...

Byk gak company yg aku try...tp yg ni je yg membuahkan hasil. Company ni salah satu anak syarikat petronas.

...



Kalo korang nk tahu..company ni menghasilkan material yg digunakan utk membuat plastik. Bukan bekas tupperware korng kt umah tu..tp material yg diperlukan utk membuat plastik yang digunakan untuk membuat tupperware korang tu.

...

Mu paham dok? Takpela..entry selepas ni aku akan explain detail lagi beserta gamba2 kitorng masa lawatan tu. Tunggu tau!!

...

Wednesday, December 3, 2008

tolong!


tolong! Aku xtahu.. Ape nk jd ngan masa depan aku? Am I really going to be a chemical engineer? Skang aku ngah tunggu semester 6 bermula. Total sume 9 semester. So ade agi 3 semesters to go! I used to have this inner problem..kurang motivasi..kurang keyakinan. Korang pernah alami x? Result aku pon..nk kata gempak? Kirim slm ar.. Haih!! Tp aku xkata aku bodoh...kalo bodoh mmg xjejak kaki kt universiti la kan? Maybe lebih senang kalo aku kategorikan sbg golongan yg lecturer xpandang...  Haa...aku ar tu. The middle class student. Yes..that's it! To those yg amik course engineering sbb mak atau ayah dulu engineer tu..korang bole ar ckp..."the blood runs in me". Tp aku? Mak aku suri rumah.. ayah kandung aku pemandu. Ayah tiri aku duta (mmg konfirm xde pertalian darah ar kan?)...so nape aku amik engineering? Aku pon xtahu!
...

Nk continue family's legacy? Mana ada company pon yg aku nk amik alih! Adoi.. Abg Hafiz pon ckp...siti ni susah nk cr keje nanti. Satu company hanye nk sorng atau dua orng je chemical engineer. Kalo sume graduan apply?? Mampos la middle class student mcm aku ni. Ramai agi yg layak dr aku. Ada btol gak ckp die. Usaha agi kata korng? Tah!! Dr aku UPSR dulu..sampai ar skang..mmg result aku akan berada di pertengahan. Tak pernah dpt full straight A's.. Drpd jd engineer berjaya..mungkin aku lebih sesuai jd isteri berjaya. WAA!!!!
...
***Rintihan hati ini adalah benar pd ketika ia diterbitkan. Boleh berubah dr masa ke semasa tanpa pemberitahuan awal. Harap maklum..
...

Sunday, November 2, 2008

kahwin!

Waktu ni kakak mucuk aku kahwin. Kak Murni namanye..husbandnye org panggil Abg Ariey! Hm..korang kan tahu aku ni suke berangan so...hikhik.. bg la peluang kt aku berangan jap ek? Berangan ape? Berangan kalo aku yg kahwin ar!! Hikhik.. well, everyone can dream right? me too!! Okay..ehem2.. aku nampak mucuk ngah jln menuju kt aku.. slow2 je die jalan.. suspen seyh!! Hehe.. pastu aku pon duduk ats dais dgn penuh lemah dan lembik ar.. maintain ayu gitu!! Haha...so very not me!! Nk buat caner..kena la show my feminine side! Ramai orng nk snap gamba tuh!!

Jeng..jeng..slow2 mucuk sarung cincin. Siap kena tongkat tgn skali kalo tak kantoi ar tangan terketar2 kan? Haha.. Pastu cium tgn mucuk..sbg balasan..kena la mucuk cium dahi aku.. pastu main2 kiss pipi lak.. haha!! oh cukup!! cukup!! Berangan je keje.. esok ade dua paper weyh!! study la sitie!!! owaaait... daa!!

Friday, October 31, 2008

dah dekat!


Dh nk dkt 2 tahun aku ngan mucuk bersama.. ikatan janji telah tersimpul rapat bagai atom2 yg mempunyai ikatan kovalen! Pergh! Cara budak engine kimia bersastera.. Hukhuk!! Tarikh cinta kami bertindakbalas bermula pada 11 november 2006. Produknye ialah...sepanjang tindakbalas tu ek? Memandangkan ade kehadiran katalis "gembira"...badan kami berdua bertambah la mokmok!! Terhasil la nama aku..sitie bum bum..dan mucuk dipanggil..bob!

Jam yg dual size itu akan terus menemani cinta aku bersama mucuk sampai la bateri mampos! Haha... Tp xpe..akan ku ganti bateri itu dgn yg baru kerana half life decay cinta kami masih jauh walau aku suka gaduh2 dgn mucuk. Nk perhatian je sebenarnye.. sob2!!

Keychain itu pula adalah tradisi kami iaitu setiap tahun akan ditukar baru. Akan kami kumpul2 setiap tahun selagi hayat dikandung badan. Dh nk masuk 2 tahun ni..ade la keychain baru nanti. Nk tgk? TUNGGU!!! 

Thursday, October 16, 2008

abg nk ceraikan siti?

      Nama saya Mohamad Firdaus Mat Saad. Isteri saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

      3 tahun dalam masa perkenalan dan 5 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang lelaki yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Isteri saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

      Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya ingin
menceraikannya.


      "Mengapa? "Dia bertanya dengan nada terkejut.

      "Abang letih, Siti tidak pernah cuba memberikan cinta yang abang inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

     Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang perempuan yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

      "Apa yang Siti boleh lakukan untuk mengubah fikiran abang?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

      "Abang ada 1 soalan, kalau Siti temui jawapannya di dalam hati abang, abang akan mengubah fikiran abang; Seandainya, abang nk makan chicken chop kt gerai yang terletak ditebing gunung masa hujan ribut dan kita berdua tahu jika Siti memanjat gunung-gunung itu, Siti akan mati sbb tanah yg licin. Apakah yang Siti akan lakukan untuk abang?"

      Dia termenung dan akhirnya berkata, "Siti akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

      Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi air bandung yang bertuliskan…

      "Sayangku, Siti tidak akan membelikan chicken chop itu untukmu, tetapi izinkan Siti untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

      "Abang boleh mengetik dikomputer main friendster dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya bengang di depan monitor, Siti harus memberikan jari-jari Siti supaya boleh membantu Abang untuk memperbaiki program tersebut."

      "Abang selalu tertinggal kunci motor dlm boot motor, dan Siti harus memberikan tangan kecil Siti supaya boleh menyeluk bwh seat motor menggapai kunci, dan mengambil kunci itu untuk abang."

      "Abang suka marah sbb Siti suka melulu shopping tinggalkan abang dan anak2 kt blakang, tetapi sebenarnye siti telah meminjamkan kaki Siti untuk berjalan membeli-belah untuk abang dan anak2 jugak."

      "Abang selalu sengal-sengal badan lepas balik dr menjaja yong tau foo di pasar malam setiap malam, dan Siti harus memberikan tangan Siti untuk memicit dan mengurut kaki abang yang sengal itu."

      "Abang lebih suka duduk di rumah, dan Siti selalu risau abang akan menjadi ‘kera sumbang’. Dan Siti harus memasak yang sedap2 dan memanggil kwn2 abang ke rumah sebagai open house supaya dapat menghiburkan abang dirumah"

      "Abang selalu menatap televisyen, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata abang, Siti harus menjaga mata Siti agar ketika kita tua nanti, Siti dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

      "Tangan Siti akan memegang tangan abang, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti kacaknya wajahmu."

      "Tetapi sayangku, Siti tidak akan membeli chicken chop itu untuk mati. Kerana, Siti tidak sanggup melihat airmata mu mengalir menangisi kematian Siti."

      "Sayangku, Siti tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Siti mencintai abang."

       "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Siti tidak cukup bagi Abang. Siti tidak akan menahan diri abang mencari tangan,kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan abang."

      Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

      "Dan sekarang, abang telah selesai membaca jawapan Siti. Jika abang puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Siti tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Siti sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan abang.""Tetapi, jika abang tidak puas hati, sayangku…biarkan Siti masuk untuk mengemaskan barang-barang Siti, dan Siti tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Siti bila abang bahagia."

      Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah sembap dan mata yang bergenang dan bengkak menangis semalaman. Ditangannya memegang mangkuk berisi air bandung dan koko crunch kesukaan saya.

      Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. Dengan itu terus saya merujuk Siti sebagai isteri saya semula.